RABU, 7 OKTOBER 2015 @ 11:24 AM
Jarak penglihatan terhad di perairan beberapa negeri sehingga esok
KUALA LUMPUR: Jarak penglihatan kurang daripada tiga kilometer yang dilaporkan di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak dijangka terus berlaku sehingga esok.
"Keadaan itu berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi peralatan pemanduan arah," menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Keadaan yang sama juga dilaporkan di perairan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Kuching dan Reef South.
- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment