Apa Itu Rakan Cop Yang Perlu Anda Tahu
Kali ini Ritz nak bercerita pasal Rakan Cop pastinya semua orang tahu tentang wujudnya Rakan Cop dan apakah fungsi Rakan Cop ini, tidak dinafikan terdapat ramai juga yang masih belum kenal apa itu RakanCop, disini Ritz nak beri sedikit info mengenai Rakan Cop, Apa itu Rakan Cop, Konsep Rakan Cop, Misi Rakan Cop dan Bagaimana nak menjadi RakanCop.
Apa itu RAKAN COP ?
RAKANCOP bererti Rakan Polis Diraja Malaysia. Ia merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat bagi mewujudkan Bandar Selamat dengan menggunakan slogan “BERSAMA MEMERANGI JENAYAH“.
Pendekatan yang diambil adalah mudah dan praktikal, dengan menggunakan kemudahan telekomunikasi terkini iaitu perkhidmatan telefon (hotline, SMS dan MMS) dan komputer, e-mail dan website sebagai medium perantaraan untuk memudahkan interaksi dua hala antara polis dan orang ramai.
Medium perantaraan ini ditempatkan di Pusat Kawalan Kontijen (CCC) yang beroperasi 24 jam dan bertindak sebagai nadi bagi memantau dan menguruskan maklumat serta menggerakkan tenaga polis untuk memberikan perkhidmatan pantas dalam apa jua situasi.
Konsep RAKAN COP.
- Bersifat ‘Community Oriented Policing’ dan ‘Smart Partnership’
- Menggalakkan kerjasama dan pembabitan setiap lapisan masyarakat sama ada daripada agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan orang-orang perseorangan bagi membantu polis dalam memerangi jenayah dan lain-lain masalah keselamatan dengan menyalurkan maklumat tepat dan pantas.
- Memberi ’empowerment’ secara tidak langsung kepada orang ramai agar dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan positif dalam menjaga keselamatan setempat, kurang bergantung kepada polis dan sekaligus dapat mewujudkan perasaan dan budaya ‘Tanggungjawap Bersama’ bak kata orang putih (Shared responsibility) antara kedua pihak (Orang ramai dan pihak Polis).
- Respon pantas polis akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan polis dan sekaligus kehadiran polis dapat dirasai.
Misi RAKAN COP.
- Menjadikan Rakan Cop sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan polis dengan kita selaku masyarakat.
- Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat tentang aspek-aspek pencegahan jenayah, masalah dadah, keselamatan lalulintas dan pelbagai aspek keselamatan.
- Menggalak dan membudayakan orang ramai supaya berani tampil ke hadapan untuk menyalurkan maklumat kepada polis agar konsep ‘Tanggungjawap Bersama’ dalam memerangi jenayah dapat direalisasikan.
Siapa yang boleh mendaftar sebagai Rakan Cop? Tahukah anda tanpa disedari kita dan semua masyarakat adalah Rakan Cop. Bagaimanapun orang ramai adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri secara rasmi sebagai Ahli Rakan Cop bagi mewujudkan perasaan kekitaan di samping memudahkan pihak polis menguruskan segala maklumat yang disalurkan. Bagaimana cara untuk mendaftar…mudah sahaja caranya, kita hanya perlu membuat satu SMS.
Contoh : Taip – Rakan Cop < Jarak > Daftar < Jarak > Nama ( dalam satu perkataan ) hantar ke 32728 ( DAPAT ). Anda akan diberi nombor pendaftaran RAKAN COP sebaik sahaja mendaftar.
Apakah maklumat yang boleh disalurkan ke talian RAKAN COP?
- Kejadian jenayah
- Kemalangan jalanraya
- Keadaan lalulintas
- Kesalahan lalulintas / lumba haram
- Penyalahgunaan dadah
- Penyeludupan
- Pendatang asing tanpa izin
- Lain-lain maklumat berkaitan keselamatan untuk tindakan PDRM
Apakah kelebihan menyertai RAKAN COP?
- Identiti pemberi maklumat tidak terdedah ( dikenali melalui nombor kod ahli sahaja )
- Maklumat cepat dan mudah disalurkan ( menggunakan hotline,SMS dan MMS ).
- Maklumat diterima direkodkan dalam Database.
- Jumlah dan kategori maklumat dapat dianalisa dari semasa ke semasa untuk kajian dan perancangan pihak Polis.
- Setiap maklumat dapat dipantau untuk memastikan tindakan diambil.
- Penggunaan teknologi terkini meningkatkan kepantasan dan kecekapan bertindak.
- Melalui system online maklumat juga dapat disalurkan dengan pantas ke stesen TV/Radio untuk hebahan jika perlu.
- Orang ramai perlu peka dan dapat memainkan peranan serta dapat menyumbang ke arah mengwujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif.
- orang ramai dan pihak Polis dapat berganding bahu dengan lebih bermakna dalam memerangi jenayah agar Bandar Selamat ( Rakyat perlu menjadi mata dan telingga PDRM ).
Laman Web Rasmi Rakan Cop Klik Disini
Terima kasih atas info
ReplyDelete